AMANAT JADI TITIK PERMULAAN PERKUKUH KESEPADUAN, SMJ 2.0 PACU PEMBANGUNAN SABAH – HAJIJI

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 31 Jan – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menegaskan bahawa Majlis Amanat yang diadakan kelmarin menjadi titik permulaan penting dalam memperkukuh kesepaduan dan tekad semua pihak untuk melaksanakan amanah kepada rakyat secara lebih tersusun dan berfokus.

Menurut beliau, penegasan itu selari dengan pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang menandakan kemasukan negeri ke fasa baharu pembangunan bagi tempoh lima tahun akan datang, dengan tumpuan kepada pendekatan pembangunan yang menyeluruh, mampan dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.

Dalam kenyataan tersebut, Hajiji turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penjawat awam Persekutuan dan Negeri di Sabah atas komitmen dan dedikasi berterusan mereka sebagai tulang belakang pelaksanaan dasar, program serta inisiatif kerajaan negeri.

TAMAT

Share This Article