PENAMPANG, 29 Januari 2026 – Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick meneruskan komitmen beliau terhadap kebajikan golongan berkeperluan khas dengan mengadakan lawatan ke Pusat Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Penampang, hari ini.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan bagi menambah baik keperluan serta kelengkapan pusat berkenaan, sekali gus membantu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan untuk peserta PPDK.
Datuk Ewon berkata, sejak memegang amanah sebagai Ahli Parlimen Penampang, beliau secara konsisten menyalurkan peruntukan tahunan kepada PPDK Penampang sebagai tanda sokongan berterusan terhadap peranan penting pusat itu dalam pembangunan dan pemulihan komuniti setempat.
Beliau turut menzahirkan harapan agar sumbangan berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan peserta serta memperkukuh usaha PPDK dalam menyediakan perkhidmatan sokongan yang inklusif dan berkesan.
TAMAT
