KPDN Sabah Perketat Pemantauan Premis Perniagaan di Kampung Likas

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 29 Jan — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah meneruskan usaha pemantauan pasaran menerusi pelaksanaan pemeriksaan serta tindakan penguatkuasaan terhadap premis perniagaan di sekitar Kampung Likas, di sini, semalam.

Operasi berkenaan memberi tumpuan kepada pematuhan peraturan melibatkan paparan tanda harga, penggunaan alat timbang dan sukat yang ditetapkan, pengenaan caj perkhidmatan serta pengoperasian premis makanan dan restoran.

Hasil pemeriksaan mendapati sebahagian besar peniaga mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa. Bagaimanapun, pihak KPDN telah mengambil empat tindakan penguatkuasaan, melibatkan dua kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta dua kes berkaitan pelanggaran Akta Timbang dan Sukat 1972.

Sejumlah RM1,000 kompaun telah dikenakan ke atas peniaga terlibat, manakala tiada sebarang aduan diterima sepanjang operasi dijalankan.

KPDN Sabah dalam kenyataannya mengingatkan peniaga agar sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan bagi memastikan ketelusan urus niaga serta melindungi hak dan kepentingan pengguna.KPDN Sabah Perketat Pemantauan Premis Perniagaan di Kampung Likas.

TAMAT

Share This Article