KOTA KINABALU (27 JANUARI): Tidak perlu wujudkan ibu negara tetapi cukup dengan menghormati serta mematuhi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Klias, Haji Mohd Jali Nordin berkata, fokus utama sepatutnya terarah kepada perjanjian MA63.
” Tidak perlulah membuat cadangan lain tetapi cukup dengan menghormati serta mematuhi perjanjian MA63 itu,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, ekonomi Sabah sejak lima tahun lalu sehingga sekarang semakin meningkat dan berkembang.
Keadaan itu, katanya, tidak memerlukan lagi cadangan lain.
“Memang benar sokongan yang diberi sentiasa dialu-alukan tetapi bukan dengan membuat cadangan lain.
“Jika perjanjian MA63 itu dipatuhi dan dihormati, ekonomi negeri ini sudah tentu dapat dipertingkatkan,” katanya lagi.
Mohd Jali berkata, kerajaan dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sentiasa berusaha meningkatkan ekonomi negeri.
Ketika ini, katanya, bantuan yang telah diperkenalkan terus dilaksanakan dan rakyat terus menikmatinya.
Beliau memberitahu, bantuan seumpama itu tidak mungkin dapat dilaksana jika ekonomi negeri tidak mampu ditingkatkan.
“Apa yang kita mahu ialah perjanjian MA63 itu dipatuhi dan dihormati … fokus keutamaan perkara itu ” katanya lagi.
Mohd Jali mengulas cadangan seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mencadangkan agar diwujudkan lagi ibu negara di Borneo.
TAMAT
