POLIS RAMPAS 57 LITER AIR KETUM, SEORANG LELAKI DITAHAN DI KOTA BELUD

sabahheadlines
2 Min Read

KOTA BELUD, 27 Januari 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah besar air ketum dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, hasil maklumat orang awam melalui talian Hotline NCID.

Dalam serbuan yang dijalankan di sebuah kediaman di Kampung Keguraan, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan dan pemeriksaan menemukan 38 botol air rebusan daun ketum dengan anggaran isipadu kira-kira 57 liter bernilai RM950, selain beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi tujuan pemprosesan bahan berkenaan.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke BSJND IPD Kota Belud untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

PDRM menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras penyalahgunaan dan pengedaran bahan terlarang demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.KOTA BELUD, 27 Januari 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah besar air ketum dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, hasil maklumat orang awam melalui talian Hotline NCID.

Dalam serbuan yang dijalankan di sebuah kediaman di Kampung Keguraan, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan dan pemeriksaan menemukan 38 botol air rebusan daun ketum dengan anggaran isipadu kira-kira 57 liter bernilai RM950, selain beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi tujuan pemprosesan bahan berkenaan.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke BSJND IPD Kota Belud untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

PDRM menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras penyalahgunaan dan pengedaran bahan terlarang demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Share This Article