PUTATAN – Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N.24 Tanjung Keramat, YB Tuan Shah Alfie bin Yahya, meninjau lokasi kebakaran yang melibatkan beberapa kediaman di Kampung Dumpil, di sini.
Operasi pemadaman telah dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Balai Polis Daerah Putatan, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.24 Tanjung Keramat, Pejabat Daerah Putatan serta Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS).
Lawatan itu bertujuan meneliti keadaan di lokasi kejadian serta mendapatkan maklumat awal berkaitan keperluan dan kebajikan mangsa terlibat.
Beliau turut menzahirkan keprihatinan dan berharap semua mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan, selain dipermudahkan segala urusan bantuan dan pemulihan.
TAMAT
