POLIS DAN PEMIMPIN MASYARAKAT JAYAKAN PROGRAM WALKABOUT PERKUKUH KESELAMATAN PUTATAN

sabahheadlines
1 Min Read

PUTATAN, 20 Januari 2026 – Polis Daerah Penampang melalui Balai Polis Putatan menyertai Program Meet & Greet: Walkabout Bersama Pemimpin Masyarakat Putatan di Taman Bersatu, di sini.

Program itu sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik antara polis dan komuniti setempat.

Program berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, bersama Pegawai Eksekutif Daerah Putatan, Ahmad Helmy Mohd Taib, serta dihadiri barisan pemimpin masyarakat setempat.

Pendekatan turun padang itu memberi ruang interaksi secara langsung antara agensi keselamatan dan penduduk, sekali gus meningkatkan kepercayaan serta kesedaran terhadap tanggungjawab bersama dalam memelihara keselamatan kawasan.

Polis Daerah Penampang menegaskan komitmen untuk terus memperkasa kerjasama dengan pemimpin komuniti dan agensi berkaitan demi memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kesejahteraan penduduk sentiasa terjamin.

Program tersebut turut mengangkat aspirasi “Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama” sebagai simbolik kepada semangat kebersamaan dalam menjaga keharmonian setempat.

TAMAT

Share This Article