KPDN Semporna Jalankan Pemeriksaan Pematuhan di Pasar Raya & Stesen Minyak.

sabahheadlines
1 Min Read

SEMPORNA, 25 Disember 2025 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna menjalankan pemeriksaan pematuhan hmelibatkan premis pasar raya, kedai runcit dan stesen minyak di sekitar daerah ini, semalam.

Pemeriksaan yang dilaksanakan oleh tiga pegawai penguat kuasa itu meliputi Ops Tiris pemeriksaan stesen minyak dan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 serta pemeriksaan statik di beberapa stesen minyak terpilih.

Hasil pemeriksaan mendapati semua premis terlibat mematuhi peruntukan undang-undang di bawah akta yang dikuatkuasakan KPDN.

Selain itu stesen minyak yang diperiksa turut menyediakan Peti dan Buku Log Lawatan KPDN seperti yang ditetapkan.

Dalam operasi berkenaan sebanyak 15 Kenyataan Pemeriksaan Premis (KPP) dikeluarkan terhadap premis yang diperiksa bagi tujuan rekod dan pemantauan lanjut.

TAMAT

Share This Article