KOTA KINABALU, 5 Dis — Urusan pengurusan jenazah Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berlangsung pagi ini bermula dengan ziarah di kediaman beliau di Idang Residen, Luyang dari jam 8.00 hingga 9.30 pagi.
Pada 10.00 pagi, jenazah Allahyarham diuruskan untuk mandi dan persiapan solat di Masjid Bandaraya, sebelum solat jenazah dilaksanakan selepas Solat Jumaat di masjid yang sama.
Selesai solat, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Likas untuk urusan pengebumian.
Orang ramai, rakan-rakan politik, kenalan serta masyarakat umum dijangka hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang merupakan salah seorang figura penting dalam politik Sabah.
TAMAT
