117 Mangsa Kebakaran Kekal Di PPS Dewan Sri Balung

sabahheadlines
1 Min Read

TAWAU: Seramai 117 penduduk daripada 22 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sri Balung susulan kejadian kebakaran yang berlaku di daerah ini pada 3 Disember,kelmarin.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, PPS berkenaan dibuka pada jam 9 malam pada hari kejadian bagi menempatkan mangsa yang kehilangan kediaman.

Setakat 8 pagi Khamis, jumlah mangsa kekal seramai 117 orang melibatkan 36 lelaki dewasa, 35 wanita dewasa, 18 kanak-kanak lelaki dan 28 kanak-kanak perempuan.

JPBN memaklumkan bahawa semua mangsa masih belum dapat pulang kerana penilaian keselamatan dan keadaan struktur kediaman yang terjejas masih dalam tindakan pihak berkuasa.

Tiada kematian direkodkan dalam insiden berkenaan namun laporan awal menunjukkan 18 buah rumah terjejas akibat kebakaran tersebut.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah bersama agensi di bawah PKOB Tawau terus melakukan pemantauan dan memastikan kebajikan mangsa terjamin sepanjang mereka berada di PPS.

PPS Dewan Sri Balung dijangka terus beroperasi sehingga kawasan kediaman disahkan selamat untuk diduduki semula.

TAMAT

Share This Article