Paras Air Sungai Tuaran Terkawal

sabahheadlines
1 Min Read

TAMPARULI, 26 November – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Unit Tamparuli mengaktifkan pemantauan selepas menerima aduan orang awam berhubung peningkatan paras air Sungai Tuaran berikutan hujan berterusan sejak jam 7 pagi tadi

Menurut kenyataan APM Tamparuli, seramai dua anggota LLP dan seorang pegawai digerakkan ke beberapa kawasan hotspot banjir bagi menilai keadaan semasa serta risiko limpahan air.

Pada jam 7.30 pagi, bacaan paras air di Rumah Pam Labuaya direkodkan pada 2.380 meter iaitu pada paras normal.

Paras waspada ditetapkan pada 2.8m, amaran 3.8m dan Paras bahaya 4.8m.

Walaupun cuaca dilaporkan tidak hujan namun pemantauan tetap diteruskan di lokasi berisiko termasuk Kg. Kauluan, Kg. Mangkaladoi, Jambatan Tamparuli dan Kg. Bawang.

Setakat ini, tiada kawasan dilaporkan terjejas akibat banjir atau kejadian tanah runtuh.

Bagi operasi pemantauan, APM menggunakan sebuah kenderaan Perodua Aruz dan dilengkapi peralatan keselamatan termasuk helmet MSA, helmet Petzl serta tiga jaket keselamatan.

APM Tamparuli memaklumkan bahawa perkembangan terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa melalui anggota yang berada di lapangan.

TAMAT

Share This Article