MENUMBUK (6 NOVEMBER): Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengumumkan calonnya untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah pada 12 November ini.
Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengesahkannya kepada media di sini hari ini.
“Kita akan umum pada 12 November nanti ” katanya ketika ditemui selepas melancarkan buku pelan strategik pembangunan daerah Kuala Penyu, daerah kecil Menumbuk dab penyerahan kunci rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).
Difahamkan penyerahan watikah turut diadakan pada tarikh yang sama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu.
Beliau berkata, GRS hanya akan meletakkan calon yang boleh menang termasuk Kuala Penyu.
“Kalau menang, kita akan teruskan pelan pembangunan hala tuju SMJ 2.0 sebagai kesinambungan program pembangunan di Sabah,” katanya.
Ditanya mengenai Pakatan Harapan, Hajiji berkata, agihan kerusi sudah dibuat dan terserah kepada parti itu untuk mengumumkannya.
“Kita sudah agih kerusi, jadi dia mahu umum…umumlah …kita (GRS) umum 12 November,” katanya lagi.
Hajiji juga melahirkan keyakinan bahawa GRS akan mampu menang pada PRU Sabah itu nanti.
Katanya, keyakinan itu berdasarkan kekuatan calon boleh menang yang dipertaruhkan oleh parti tersebut.
Tamat
