PERTEMBUNGAN PASTI BERLAKU-HAJIJI

KOTA KINABALU (7 OKTOBER): Pertembungan antara GRS+PH dengan STAR atau SAPP pada pilihan raya negeri pasti berlaku.

Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata STAR dan SAPP telah mengambil keputusan untuk bergerak solo dengan menggunakan logo sendiri.

“Dalam mesyuarat kita telah tegaskan bahawa kita menggunakan logo GRS tetapi STAR dan SAPP mahu menggunakan logo sendiri.

“Keputusan itu bertentangan dengan keputusan kita iaitu menggunakan logo GRS,” katanya di sini petang tadi.

Hajiji yang juga Ketua Menteri mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah.

Ditanya sama ada kemungkinan adanya kerjasama dengan STAR dan SAPP selepas PRN nanti, Hajiji hanya tersenyum dan menolak kemungkinan tersebut.

Mengenai kehadiran beberapa wakil rakyat daripada STAR pada majlis itu, Hajiji berkata wakil rakyat itu masih memberikan sokongan kepada GRS.

Tamat