BEAUFORT, 19 Sept – Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon di Beaufort yang dibuka sejak 9 September lalu ditutup secara rasmi pada jam 5 petang hari ini.
Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort, Mohd Nazri Ajun, berkata keputusan penutupan itu dibuat selepas semua mangsa banjir yang ditempatkan di pusat berkenaan sudah pulang ke rumah masing-masing.
PPK Selagon mula dibuka pada 9 September jam 9 pagi, dengan menempatkan 98 keluarga (KIR) membabitkan 302 mangsa keseluruhan sepanjang tempoh operasi.
Dengan penutupan ini, semua operasi pemindahan dan pengurusan mangsa di pusat berkenaan rasmi berakhir.
TAMAT

