BEAUFORT (17 SEPTEMBER): Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Klias sudahpun digerak untuk membantu rakyat yang terkesan akibat banjir.
Timbalan Ketua Gagasan Klias Haji Mohd Jali Nordin berkata gerakan itu dibuat bagi membantu rakyat dalam menghadapi banjir.
“Kita membantu dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Beaufort dan juga pihak keselamatan.
“Sejak awal banjir lagi sayap Gagasan khususnya wanita, pemuda dan beliawanis telah bergerak,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon di sini hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Haji Haji Noor menyantuni mangsa banjir di PPS tersebut.
Mohd Jali berkata usaha yang dilakukan termasuklah menyerahkan bakul makanan kepada penduduk yang terkesan.
Menurutnya ada beberapa kampung tidak dilanda banjir tetapi jalan perhubungan telah putus akibat banjir.
Selain itu, katanya ada penduduk enggan berpindah kerana bimbang berlakunya kecurian.
“Ada penduduk masih bertahan di rumah kerana paras air tidak bahaya dan mereka tidak mahu berpindah kerana takut berlakunya kecurian,” katanya lagi.
Bagaimanapun Mohd Jali berkata penduduk tersebut telah dinasihatkan agar berpindah jika paras air naik dan berada pada paras bahaya.
Menurutnya pemantauan akan dibuat dan Gagasan Klias akan terus bergerak bagi membantu rakyat.
Tamat
