sh@ editor
KOTA KINABALU (26 OGOS): Usaha bagi membantu usahawan bumiputera perlu terus dilaksanakan.
Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata usaha selaras dengan kehendak kerajaan negeri.
“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu Usahawan bumiputera dibantu agar perniagaan mereka dapat dan diperkembangkan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Jawatankuasa Pengiktirafan Status Perniagaan Anak Negeri Sabah di sini hari ini.
Menurutnya usaha yang dilakukan itu adalah untuk membantu usahawan bumiputera mencapai kejayaan.
Katanya pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi memastikan perniagaan bumiputera itu bukan setakat berkembang tetapi mencapai tahap membanggakan.
“Kerajaan mahu mereka berjaya dan usaha kerajaan inj perlu dibantu khususnya oleh pihak jabatan, agensi hingga ke peringkat GLC,” katanya lagi.
Isnin memberitahu Jawatankuasa Pengiktirafan Status Perniagaan Anak Negeri Sabah adalah jawatankuasa yang mengiktiraf sijil yang dimiliki oleh usahawan bumiputera.
Katanya setiap sijil yang dimiliki oleh Anak negeri akan diberi pengiktirafan bumiputera.
“Mereka perlu memohon untuk mendapatkan pengiktirafan itu dan jika syaratnya lengkap jawatankuasa akan memberi kelulusan.
“Jawatankuasa sentiasa mahu membantu dan sudah ramai yang telah memperolehi pengiktirafan status sebagai bumiputera,” katanya lagi.
Tamat
