SANDAKAN (24 OGOS): Sambutan Bulan Kemerdekaan perlu diterjemahkan menerusi skop yang lebih luas
Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Datuk Jaffari Waliam berkata sambutan itu bukan sekadar perarakan atau kibaran bendera tetapi juga menerusi kegiataan membantu rakyat.
“Pengisian sambutan itu boleh kita laku dengan memperlihatkan keprihatinan kita kepada rakyat,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Futsal Kampung Jaya Bakti Gum-Gum dekat sini hari ini.
Menurut beliau, pengisian seumpama itu lebih menggambarkan erti sebenar sambutan tersebut.
Kita mahu semangat kemerdekaan diterjemahkan melalui tindakan nyata … membantu rakyat, memperkukuh perpaduan dan memberi peluang kepada belia untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti sukan,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan masyarakat luar bandar, termasuk menyediakan bantuan keperluan asas dan menyokong program pembangunan belia.
Beliau turut menyeru agar generasi muda terus bergiat aktif dalam bidang sukan kerana ia mampu membentuk disiplin diri, semangat berpasukan dan jati diri yang kuat, sekali gus melahirkan belia berdaya saing.
Program itu mendapat sambutan meriah dengan penyertaan pasukan futsal dari sekitar Sandakan dan Beluran serta kehadiran ratusan penduduk yang bersama-sama memeriahkan acara berkenaan.
-Ends.
Caption Gambar:
- Datuk Jaffari Waliam menyerahkan bantuan plywood kepada penduduk kampung yang layak di majlis itu.
- Datuk Jaffari Waliam menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung yang layak di majlis itu.
- Datuk Jaffari Waliam menyerahkan bantuan zink kepada penduduk kampung yang layak di majlis itu.
- Datuk Jaffari Waliam bersama jawatankuasa penganjur dan penduduk kampung yang menghadiri majlis itu.
