KEMPEN PENGHIJAUAN DAN PEMBUDAYAAN LESTARI KAMPUNG SIM-SIM, SANDAKAN

sabahheadlines
2 Min Read

sh@jalie mohamad

Sandakan, 23 Ogos – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), komited melaksanakan program Kempen Penghijauan dan Pembudayaan Lestari 2.0 di Gelanggang Futsal Kampung iniSim-Sim, pagi Sabtu

Seawal jam 6.00 pagi projek di bawah agenda Local Agenda 21, pihak berkuasa tempatan yang menekankan kepada penglibatan komuniti dalam usaha pembangunan mampan dan kelestarian alam sekitar.

Projek menanam pokok dimulai oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee,dan YB Datuk Poon Ming Fung@Frankie, ADUN N.56 Tanjung Papat dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson.

Kempen ini diserikan dengan pelbagai aktiviti antaranya Sesi Plogging yang diketuai oleh Encik Ahmad Naquib Sarifudin, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MPS.

Aktiviti Penanaman Pokok oleh Encik Mohamad Ade Alias@Darman, Ketua Jabatan Pengurusan Landskap MPS. Senam Tari, Pertandingan Eco-Fashion Kanak-Kanak, Bengkel Kitar Semula Plastik (Future Alam Borneo Hub), serta Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak.

Jualan Agro Madani oleh FAMA, Vaksin dan Saringan Kesihatan Percuma oleh KKM, Eco Free Market dan Bengkel Seni oleh Cahaya Society.

Ceramah kesedaran alam sekitar oleh Dr. Mohamma Tahir Mapa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

Pada masa yang sama, Vivian menekankan pentingnya budaya hijau diperkasakan di peringkat komuniti dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

Ahli Parlimen itu turut menyerahkan anak pokok kepada wakil komuniti Rakan Lestari Sim-Sim sebagai simbol komitmen bersama terhadap kelestarian.

Presiden MPS, Walter percaya bahawa usaha sebegini mampu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar, di samping memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam menjayakan agenda pembangunan mampan di peringkat akar umbi.

Tamat

Share This Article