YDH CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim melakukan lawatan kerja ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Wilayah 4 Sabah serta Pos Pulau Tabawan

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU, 23 Ogos – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), YDH CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim melakukan lawatan kerja ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Wilayah 4 Sabah serta Pos Pulau Tabawan baru baru ini.

Lawatan turut disertai pegawai kanan PDRM termasuk DCP Gerakan KDNKA, Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Komander 69 Komando, Timbalan Pengarah KDNKA (WCB/PSK), Komander Briged Sabah dan Ketua Jabatan KDNKA Sabah.

Rombongan disambut Komander PPM Wilayah 4 Sabah sebelum menyertai latihan tembak laut yang dikendalikan ASP Safardi dari Unit Pasukan Khas Markas PPM.

TAMAT

Share This Article