HOSPITAL LAHAD DATU BAKAL DINAIKTARAF RMK-13

sabahheadlines
2 Min Read

13 OGOS 2025

LAHAD DATU: Penambahbaikan Hospital Lahad Datu bakal dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke’13.

Menteri Kesihatan Dato Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia bakal dilaksanakan di bawah Rolling Plan 1 RMK Ke-13.

Beliau berkata anggaran keseluruhan peruntukkan yang diperlukan bagi membaikpulih bangunan hospital yang retak itu dibuat selepas mendapat laporan penuh daripada Jabatan Kerja Raya.

Katanya, bangunan Blok klinikal hospital Lahad Datu telah mengalami keretakan sejak tahun 2015 dan tetapi kerja kerja baik pulih awal telah dilakukan dalam RMK12 melibatkan peruntukkan 600 ribu ringgit.

Sementara itu beberapa fasiliti yang uzur juga dikenalpasti dan perlu segera dibaik pulih demi keselamatan pesakit dan warga kerja Hospital berkenaan.

“Saya ingat itu saja yang dapat kita perbincangkan dan beberapa isu telah dibangkitkan… hal yang terkait dengan alat perubatan, alat bukan perubatan dan juga hal-hal yang menaik taraf.

“Saya memperhatikan di Wad Labour, keretakan yang sudah bertahun dan saya telah mengambil segera perhatian itu dan ini pun kita masukkan dalam RMK13RP1 untuk kita segera bagi dan pulihkan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Lahad Datu di sini pagi tadi.

Dalam masa sama, hospital lahad datu merupakan hospital pakar minor yang memerlukan penambahan kaitangan pegawai perubatan.

“Hospital Lahad Datu, hospital pakar minor yang punya sembilan jurusannya …13 kepakaran biasa dan memerhatikan keperluan sumber manusia, hal-hal yang terkait dengan untuk kita bangunkan seterusnya kepakaran dan juga pakaian-pakaian yang perlu kita bekalkan,” katanya.

Menurutnya,penambahan tenaga kerja ini, penting bagi mengatasi kekurangan sumber manusia serta meningkatkan keberkesanan rawatan dan perkhidmatan kepada penduduk Lahad Datu dan daerah sekitarnya.

TAMAT

Share This Article