DUA LELAKI DITAHAN KERANI DISYAKI MILIKI DADAH SYABU

sh@ Syarmillah Salleh

LAHAD DATU: 13 Ogos-Dua lelaki ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu seberst 5.97 gram dalam operasi Ops Tapis di sekitar kawasan Jalan Reno Fajar di sini.

Syabu itu ditemui ketika polis daripada Bahagiab Siasatan Jenayag Narkotik Lahad Datu melakukan pemeriksaan ke atas mereka.

Kedua-duanya juga positif dadah jenis AMP dan Meth ketika saringan dilakukan.

Syabu yang ditemui dianggarkan bernilai RM656.70.

Kedua-dua suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP HJ. Dzulbaharin bin HJ. Ismail dan seluruh warga IPD Lahad Datu dalam memerangi jenayah dadah di daerah ini.

TAMAT