sh@ editor
BEAUFORT (1 OGOS): Kepayahan yang dihadapi rakyat tidak sesekali dan tidak pernah diabaikan oleh kerajaan.
Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat.
“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah kerajaan yang amat memahami keperluan rakyat…sentiasa berusaha untuk memberikan apa yang terbaik untuk rakyat,” katanya ketika ditemui di Stesen Kereta Api di sini.
Isinin bersama rombongan memaiki kereta api menuju ke Tenom di mana perkhidmatan kereta api tu kembali beroperasi bermula hari ini.
Isnin berkata sejak GRS mengambil tampuk pemerintahan kerajaan pelbagai insentif telah diperkenalkan kepada rakyat.
Ia termasuklah bantuan perumahan, babtuan perniagaan, bantuan pendidikan dan sebagainya, katanya.
Menurutnya bantuan itu pula diberikan kepada mereka yang layak tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya.
“Kerajaan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat,” katanya lagi.
Bagaimanapun Isnin berkata usaha yang dilakukan oleh kerajaan ada mengikut kemampuan.
“Seoerti yang dikatakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Nor bahawa Kerajaan GRS tidak menjanjikam bulan dan bintang tetapi kita berusaha yang terbaik mengikut kemampuan.
“Usaha itu pula bukanlah hari ini cakap esok dapat …ia memerlukan masa,” katanya lagi.
Mengenai perkhidmatan kereta api, Isnin berkata perkhidmatan itu sememangnya diperlukan oleh rakyat.
“Perkhidmatan ini amat penting dan amat diperlukan oleh rakyat dan saya yakin rakyat pasti gembira apabila perkhidmatan ini kembali beroperasi,” katanya lagi.
Tamat
