sh@ editor
SANDAKAN (23 JULAI): Impian tidak akan mudah tercapai jika tiada keyakinan dan kesungguhan.
Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata impian tanpa ada keyakinan dan kesungguhan hanya sebagai angan-angan.
“Untuk mencapai impian itu kita perlu ada keyakinan dan bekerja keras untuk mencapainya,” katanya di sini hari ini.
Sapawi sebelum itu nerasmikan pejabat Koperasi Pembangunan Usahawan Usia Libaran Berhad di Jalan Pelabuhan Karamunting.
Beliau berkata keyakinan diri untuk mencapai impian penting kerana ia akan mempengaruhi pola pemikiran dan tindakan.
“Kerja keras juga perlu ada tanpa adanya kerja keras impian itu tidak mungkin akan tercapai,” katanya.
Sehubungan dengan itu Sapawi mengucapkan tahniah atas kejayaan menubuhkan koperasi tersebut.
Katanya bukan mudah untuk menubuhkan koperasi itu sehingga ianya dapat beroperasi.
“Kejayaan menubuhkan koperasi ini sudah tentu menerusi keyakinan dan kerja keras,” katanya dan berharap koperasi itu akan mencapai kejayaan.
Tamat
