LELAKI MAUT DIBAHAM BUAYA

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN (15 JULAI): Seorang lelaki maut dipercayai dibaham buaya di Sungai Taman Kenari di sini semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Obing Markum, warga asing, 30an, dilaporkan hilang selepas ke sungai berkenaan sekitar jam 6 petang.

Kehilangannya disedari apabila bot miliknya ditemui penduduk kampung di tepi sungai dengan kesan gigitan buaya.

Menurut Komander Operasi, PBK I Chauslim Sunsubin, panggilan kecemasan diterima pada jam 8.50 pagi daripada pihak polis (PDRM) yang memohon bantuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan.

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian dan melancarkan operasi SAR bersama agensi lain termasuk PDRM (9 anggota), APM (5), Jabatan Hidupan Liar (3), Pasukan Polis Marin(5) serta 10 orang awam.

“Pada jam 2.14 petang, mangsa ditemui di sungai kira-kira 1 kilometer dari lokasi bot dijumpai.

” Pemeriksaan pihak PDRM mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.40 petang selepas kawasan disahkan selamat.

TAMAT

Share This Article