BAS EKSPRES BERTEMBUNG, DUA CEDERA DI JALAN RANAU

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Syarmilah Salleh

RANAU (12 JULAI): Seorang pelancong wanita adalah dua yang cedera akibat pertembungan antara bas ekspres dengan sebuah kereta malam tadi.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 10.16 malam di jalan Ranau – Kundasang.

Kemalangan itu mengakibatkan wanita tersebut tidak sedarkan diri manakala seorang lagi yang cedera adalah pemandu bas tersebut.

Manakala 21 penumpang bas yang dipercayai bas pelancong dilaporkan selamat.

Difahamkan juga pemandu kereta turut selamat daripada kemalangan tersebut.

Komander Operasi, PBK II Nickson Juni dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi yang terletak 17 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi jam 10.37 malam, pasukan mendapati bas ekspres yang membawa 22 penumpang bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Pemandu bas berusia 65 tahun cedera, manakala seorang penumpang wanita tidak sedarkan diri,” katanya.

Kedua-dua mangsa diberi rawatan awal oleh petugas KKM dan dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

Turut membantu operasi ialah anggota polis dan APM.

Adalah difahamkan bas pelancong itu sedang menuju ke Semporna selepas bertolak daripada Kota Kinabalu.

Operasi ditamatkan pada jam 11.44 malam. Punca kemalangan masih dalam siasatan.

TAMAT

Share This Article