SAPP CADANG UTC DI SANDAKAN

sabahheadlines
3 Min Read

sh@aleeya villiamon

SANDAKAN 6 Jun —, Kerajaan digesa agar segera merangka “Pelan Pemulihan Sandakan” dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur termasuk penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Lau Chi Keong yang juga Pengerusi Bahagian Tanjung Papat berkata sektor pelancongan harus menjadi “pakej” tarikan pelancongan serta memperhebatkan kempen produk yang mampu membangunkan bandar ini.

“ dengan adanya UTC ini mampu memberi perubahan besar kepada bandar ini dan harus diberi mampu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan tahap perkhidmatan awam.

“Sandakan adalah bandar kedua terbesar di Sabah. Saya risau juga tidak pesat membangun terutama dalam sistem pentabdiran bandar dan sektor modal insan akan menyebabkan bandar ini akan terus terpinggir kerana tiada daya tarikan yang menarik,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan negeri memberi fokus kepada menyelesaikan isu bekalan air, elektrik dan jalan raya yang telah lama membelenggu daerah-daerah di Sabah

Lau menekankan bahawa Sandakan memiliki sumber semula jadi dan landskap ekologi yang unik seperti Sungai Kinabatangan, hutan hujan tropika, dan kawasan pemuliharaan, yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan eko antarabangsa.

Bagaimanapun beliau menzahirkan kekecewaan terhadap kekurangan penyelarasan dan promosi oleh kerajaan terdahulu yang menyebabkan sumber ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya, sekali gus mengekang pertumbuhan ekonomi.

Beliau turut menegaskan bahawa untuk memulihkan ekonomi tempatan, isu penghijrahan tenaga mahir perlu ditangani terlebih dahulu.

Beliau menggesa wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat agar berusaha menubuhkan pusat latihan teknologi dan kemahiran bagi meningkatkan daya saing golongan belia. Beliau menekankan bahawa pembangunan dan kemajuan sesebuah kawasan sangat bergantung kepada tenaga kerja berkualiti, dan usaha kerajaan dalam membina modal insan adalah paling utama.

“Jika kita tidak mampu kekalkan bakat tempatan, pembangunan bandar hanya akan tinggal sebagai retorik kosong.”

“Pembangunan bandar ini sangat perlahan, dasar dan agihan sumber sentiasa dipinggirkan, rakyat hanya mampu berdepan situasi ‘hidup sendiri-sendiri’.”ujar Lau

Bagaimanapun, beliau memuji Presiden Majlis Perbandaran Sandakan yang baharu, Walter Kenson, kerana berjaya menunjukkan hasil dalam pengurusan kebersihan bandar dalam tempoh kurang daripada empat bulan memegang jawatan

Tamat

Share This Article