SH@Jalie Mohamad
TAWAU: 30 Mei-Cubaan lima orang warga asing untuk lolos daripada pihak polis berakhir dengan kegagalan malam khamis
Polis yang mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Tiku di sini bagaimanapun terpaksa mengejar sehingga di kawasan Batu 12, Jalan Apas sebelum berjaya menahan kelima-lima lelaki itu yang menaiki sebuah kenderaan jenis Proton Saga berwarna putih.
“Suspek bertindak agresif dan merempuh sekatan jalan raya yang sedang dilaksanakan,” kata Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin.
Susulan tindakan itu, katanya, unit MPV dan Unit Rondaan Bermotosikal mengejar suspek.
Katanya, aksi kejar-mengejar itu berakhir di kawasan Batu 12 Jalan Apas.
Hasil daripada siasatan mendapati suspek yang berusia 29 hingga 45 tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
” Pemandu kenderaan itu juga tidak mempunyai lesen memandu dan kenderaan tersebut tidak mempunyai cukai jalan yang sah,” katanya lagi.
Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Tamat

