Kerajaan Komited Utamakan Keperluan Rakyat – Datuk Nizam

khaiz
3 Min Read

SABAH HEADLINES -ALEEYA VILLIAMON

17 FEBRUARI 2025

KINABATANGAN: Kerajaan akan lebih mengutamakan keperluan rakyat dalam soal memberikan pertimbangan terhadap sebarang rungutan di sebalik pembinaan Jambatan Kedua Sukau.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata pihak kerajaan tetap mendengar pendapat semua pihak berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata pada akhirnya kerajaan lebih memikirkan soal keperluan rakyat.

“Kita akan mengambil kira atas apa juga pandangan-pandangan yang diberikan samada daripada dalam negeri mahu pun daripada luar negeri namun akhirnya keutamaan kita manfaat kepada rakyat di negeri Sabah ..

” Jadi sudah pasti kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Hajiji akan meneliti semua ini dan sudah pasti apa juga keputusan kerajaan tentunya akan memberikan kebaikan kepada rakyat Sabah, katanya

Nizam menyatakan demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Kesyukuran Kewujudan Daerah Kecil Sukau di perkarangan Masjid Tun Juhar, Pekan Sukau pada Sabtu lalu.

Ditanya Jika sekiranya badan-badan tertentu meneruskan bantahan terhadap pembinaan jambatan yang dikatakan tertangguh sejak tahun 2017, beliau berkata Pembinaan jambatan tersebut adalah sebahagian daripada keperluan pakej infrastruktur dalam pengujudan ‘Blue Print’ pembangunan dalam Pekan Baharu Sukau yang dilancarkan oleh Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Musa Aman pada 2010.

Mengenai kewujudan Daerah Kecil Sukau itu, Nizam yang juga merupakan Ketua Penerangan PGRS berkata ia bukti kerajaan hari ini benar-benar komited dan fokus membangunkan semua daerah di Sabah.

“Ini adalah bukti bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji iaitu Kerajaan GRS – PH yang ada pada hari ini benar-benar komited untuk fokus membangunkan seluruh negeri Sabah samada di bandar atau pun di luar bandar termasuklah seperti di Sukau pada hari ini ,katanya.6

Dalam pada itu, katanya pelancongan sebagai salah satu sektor ekonomi yang dilihat penting di kawasan DUN Sukau merupakan teras dan hala tuju ekonomi di bawah Sabah Maju Jaya (SMJ).

Dalam ucapannya, Nizam berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) akan terus menyalurkan pelbagai pembangunan untuk rakyat di kawasan itu.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman menyatakan sokongan rakyat yang padu kepadanya selama tiga panggal menjadi wakil rakyat di Sukau telah memberikan inspirasi kepadanya menghidupkan pembangunan sosio- ekonomi di Pekan Sukau itu.

” … Alhamdulillah sokongan rakyat tu memang dari dulu pun sentiasa di belakang kerajaan pemimpin kita supaya apa yang dihasratkan rakyat ialah pembangunan berterusan .. jadi alhamdulillah hari ini di sukau ini sebelum pun ada daerah kecil diumumkan tetapi pembangunannya sudah ada termasuklah pembinaan yang kita cadangkan itu jambatan dan kita ada sekarang perumahan sedang berjalan …, katanya.

Share This Article