NADI BAKAL DITAMBAH

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Aleya Villiamon

SANDAKAN :17 Mei- Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan ditambah selepas sasaran satu Dewan Undangan Negeri (DUN) Satu NADI tercapai.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pertambahan itu dirancang kerana kementerian ada DUN yang sangat luas.

” Ketika ini kementerian berusaha untuk memastikan Satu DUN Satu NADI tercapai seperti mana yang diminta atau diarahkan oleh perdana menteri,” katanya kepada media di sini hari ini.

Sebelum itu Teo melawat Pusat Komuniti Wanita Pulau Berhala dan ditemani oleh Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong.

Teo berkata Sabah sebelum ini sudah ada 120 NADI dan kementerian menambah 12 NADI.

Katanya 10 NADI telah pun siap manakala dua lagi dalam pembinaan.

Mengenai pusat komuniti itu, beliau berkata wanita telah memperlihatkan hasil yang boleh dipasarkan.

Katanya dengan adanya kemudahan internet di pulau itu, ianya memberikan kemudahan dan peluang untuk nereka membuat pasaran produk yang dihasilkan.

“Menerusi kemudahan internet yang ada mereka boleh buat pasaran bukan sahaja di Sabah atau Malaysia tetapi di luar Malaysia,” katanya lagi.

Tamat

Share This Article