SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU: Penglibatan aktif Badan Bukan Kerajaan ( NGO) wanita dalam program – program kebajikan merupakan cerminan kasih sayang dan semangat keprihatinan tinggi terhadap komuniti yang memerlukan.
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia NG berkata, inisiatif NGO wanita itu bukan sahaja membawa sinar kebahagiaan kepada anak – anak asnaf dan warga OKU.
Malah katanya, ia juga secara tidak langsung mengukuhkan jaringan sokongan sosial yang amat diperlukan.
Beliau berkata demikian berucap merasmikan Program Menyantuni Anak- Anak Asnaf Dan Warga OKU Rumah Sinar Pelangi anjuran Persatuan Kebajikan Wanita Lahad Datu pada Jumaat.
” Saya menzahirkan penghargaan kepada para pemimpin di peringkat daerah ini yang sentiasa peka dan cakna terhadap keperluan khas, katanya.
Sebagai rakyat di negara ini katanya amat beruntung kerana berada di bawah naungan sebuah kerajaan yang sentiasa perihatin terhadap kebajikan rakyat dari segenap lapisan masyarakat.
Tambahnya, usaha dan dasar inklusif yang di laksanakan mencermin kan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang tertinggal atau terpinggir.
Sehubungan itu katanya, program seumpama ini adalah bukti nyata bahawa kerajaan terus mendukung perinsip keadilan sosial dan kesejahteraan sejagat.
Terdahulu, Flovia melawat wad penjagaan dan menyantuni penghuni rumah dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Lahad Datu, Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul, Pengarah Jabatan Kebajikan Am Sabah, Jais Jasri, serta barisan kepimpinan daerah dan NGO tempatan.
Program itu berlangsung penuh meriah diserikan dengan persembahan khas daripada kanak kanak Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti ( PPDK) Harapan Kasih.
TAMAT
