SIJIL PENSIJILAN MINYAK SAWIT LANGKAH STRATEGIK DAN BERETIKA-DATUK CHAN FOONG HIN

OLEH: SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU: 29 April- Timbalan Menteri Perladangan dan Komiditi ( KPK), Datuk Chan Foong Hin berkata, Kerajaan telah melaksanakan Skim Pensijilan Minyak Sawit mampan Malaysia ( MSPO) sebagai satu langkah strategik untuk memastikan pengeluaran Minyak Sawit Malaysia lebih mampan beretika dan mematuhi piawaian global.

Ini katanya, industri Sawit negara kini berdepan cabaran besar termasuk tohmahan daripada pihak luar yang sering mengaitkan penanaman Sawit dengan kemusnahan alam sekitar, penebangan hutan dan kehilangan habitat semulajadi.

Isu-isu ini sedikit sebanyak telah menjejaskan imej dan pasaran Minyak sawit Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Bagi menangani persepsi negatif ini kerajaan telah memperkenalkan dan melaksanakan Pensijilan MSPO sebagai satu langkah strategic untuk memastikan pengeluaran minyak Sawit Malaysia lebih mampan, beretika dan mematuhi piawaian global, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Pemantapan MSPO pekebun kecil Sawit di Dewan Plasma di sini.

Katanya, Pelaksanaan MSPO bukan sekadar memenuhi tuntutan pasaran tetapi ia juga memberi banyak manfaat kepada pekebun kecil seperti pengurusan Amalan Pertanian Baik ( GAP) , penjagaan alam sekitar serta peningkatan kualiti hasil yang akhirnya membawa kepada peningkatan pendapatan.

“Sehingga 31 Mac 2025, seramai 30,768bpekebun kecil di Sabah telah memperoleh Pensijilan MSPO melibatkan kelyasan 191,204.27 hektar mewakili 97.62 peratus kadsr Pensijilan di negeri ini,katanya.

Sementara itu bagi Skim Pembuayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit sebanyak 70 permohonan telah diluluskan di Daerah Lahad Datu dan merangkumi keluasan 319.76 hektar kawasan tanaman di daerah berkenaan.

Menurut Chan, di Lahad Datu sebanyak 31 projek ternakan ayam dan tujuh projek ternakan itik telah diluluskan.

” Sehingga 31 Mac 2025,dua projek tanaman kontan melibatkan tanaman serai dan cendawan turut diluluskan di Lahad Datu.,

” Kedua-dua Skim ini sangat mengalakkan dan telah m we mebuhi kuota permohonan yang ditetapkan, ujarnya.

TAMAT