LAHAD DATU, 24 Sept 2025 – Sebanyak 40 unit tiruan dilabuhkan di perairan Kampung Dengan, Tungku di sini hari ini.
Ianya sebagai usaha Jabatan Perikanan Sabah memulihara sumber perikanan pantai dan meningkatkan hasil tangkapan nelayan pesisir pantai
Program anjuran Jabatan Perikanan Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Tungku itu disempurnakan oleh Ketua Bahagian PGRS DUN Tungku, Datuk Haji Abdul Hakim Ghulam Hassan.
Turut hadir Pegawai Penguasa Perikanan Daerah Lahad Datu, Aiffin Anit, Pembantu Laut Perikanan Kota Kinabalu, Dexte Bungkiling, Pembantu Perikanan Kota Kinabalu, Thomas Jamleh mantan Pemaju Mukim N.60 Tungku, Haji Abdul Kayum Malanti .
Menurut Jabatan Perikanan, kawasan pelepasan tukun tiruan yang dikenal pasti berpotensi membuahkan hasil selepas enam bulan manakala pemantauan akan dijalankan selepas dua tahun melalui rakaman video selaman.
Projek bernilai RM600 ribu itu mula dipohon sejak tahun 2022 dan mendapat reaksi positif daripada Datuk Abdul Hakim yang menyokong usaha meningkatkan peluang ekonomi masyarakat pesisir khususnya di Tungku.
TAMAT
