HANYA RUMAH YANG BAIK UNTUK PENYEWA-DATUK ISNIN ALIASNIH

sabahheadlines
1 Min Read

OLEH: ALEEYA VILLIAMON

SANDAKAN (29 April): “Hanya rumah yang baik dan tidak mengalami kerosakan akan diberi kepada penyewa.”

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata rumah yang mengalamj kerosakan terlebih dahulu perlu untuk diperbaiki.

Beliau yang ditemui ketika melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni di sini hari ini berkata kunci rumah hanya diserah setelah rumah itu berada dalam keadaan yang baik dan selesa.

Sebagai contoh katanya 100 unit rumah di Taman Harmoni yang mengalami kerosakan perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum ianya diserah kepada penyewa.

“Pemohon (penyewa) rumah sudah ada tetapi ianya perlu diperbaiki terlebih dahulu.

“Kita hanya memberikan kunci itu setelah rumah itu siap diperbaiki dan selesa untuk diduduki,” katanya lagi.

Menurutnya rumah yang rosak itu pada ketika ini sedang diperbaiki oleh kontraktor.

Katanya pembaikan rumah itu akan dipantau oleh Majlis Perbandaran Sandakan.

“Kita berharap pembaikan rumah itu dapat disiapkan dan penyewa dapat memasuki rumah itu pada tahun ini,” katanya lagi.

Terdahulu Pembantu Menteri itu, turut meninjau Taman PPR Murni yang terletak di Batu 7, sebelum meninjau bangunan PPR Harmoni yang sedang dalam kerja-kerja baik pulih.

Share This Article