LAHAD DATU : Susulan gangguan bekalan elektrik yang berlaku, pengguna di sekitar Pantai Timur Sabah dilihat aktif memuatnaik status berkenaan perkara itu sejak pukul 2.25 petang Khamis.
Berdasarkan tinjauan mendapati gangguan bekalan itu dipercayai berlaku serentak di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Felda Sahabat.
Dalam pada itu, beberapa kumpulan whatsapp di Lahad Datu turut menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati berikutan lampu isyarat tidak berfungsi akibat gangguan tersebut.
Sementara itu, Sabah Electricity dalam satu notis kecemasan memaklumkan, gangguan elektrik yang berlaku di Pantai Timur Sabah itu disebabkan gangguan penyaluran tenaga dari Sistem Grid Sabah kerana kejadian talian voltan tinggi terpelantik.
Menurut Sabah Electricity, kerja-kerja memastikan punca gangguan dan seterusnya pemulihan bekalan sedang giat dilaksanakan oleh pasukan teknikal Sabah Electricity.
Gangguan bekalan elektrik itu bermula sekitar jam 1.30 petang dan bermula pada jam 2 petang bagaimanapun bekalan elektrik pulih sepenuhnya sekitar jam 4.30 petang.
Rata- rata masyarakat di sini berharap Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100 megawatt (MW) dengan keupayaan penyimpanan tenaga sebanyak 400 megawatt-jam (MWh),yang merupakan sistem penyimpanan tenaga bateri terbesar di Asia Tenggara dapat menangani masalah bekalan elektrik di bahagian pantai Timur Sabah ini.
TAMAT

Istilah Mati Karan merujuk kepada bekalan eletrik terputus
