BANJIR NABAWAN BERI KESEDARAN: ABDUL GHANI

sabahheadlines
2 Min Read

SH-EDITOR

KOTA KINABALU : 16 April- Banjir yang melanda Nabawan bukan sahaja memberi kejutan tetapi juga menuntut agar aset dan kelengkapan menyelamat harus mencukupi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin betkata musibah banjir telah membuka mata dan menginsafkan tentang pentingnya keseimbangan ekosistem yang mesti dipelihara dan dipulihara untuk kesejahteraan bersama.

“Apa yang lebih menyedihkan apabila musibah ini terjadi, barisan hadapan atau pasukan penyelamat di kawasan saya tidak mempunyai aset dan kelengkapan yang mencukupi untuk

tugas-tugas menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa banjir,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada hari kedua Sidang DUN Sabah pada Selasa.

Pengalaman kali ini mengajar kita untuk lebih bersedia, maka dengan itu, perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri dan mendalamkan serta melebarkan sungai Nabawan yang semakin cetek disebabkan mungkin ada laluan air sungai tersumbat dan runtuhan-runtuhan yang berlaku.

Begitu juga, katanya, di sepanjang sungai Loggongon dari Pagalungan hingga ke Kampung Bantul, Pagalungan berdekatan dengan sempadan Malaysia dan Indonesia yang perlu dilakukan kerja-kerja pembinaan tebing-tebing sungai terutama yang berhampiran dengan kawasan perkampungan.

Beliau memberitahu bahawa laporan merekodkan lebih kurang 30 buah kampung terlibat dan 687 orang terjejas dalam bencana banjir di Nabawan yang mengakibatkan ramai keluarga terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS)

Tamat

Share This Article