Kira-kira 3000 orang hadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Gagasan Sukau

sabahheadlines
1 Min Read
Juhari merakamkan gambar dengan para tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka PGRS Sukau di Sandakan

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Sukau dirai penuh meriah oleh pelbagai lapisan masyarakat yang diadakan di Dewan SM Yu Yuan Sandakan.

Acara tersebut menampilkan persembahan dari band terkenal dari Indonesia, Los Gomos Band dengan dihadiri kira-kira 3,000 tetamu termasuk pemimpin-pemimpin di Zon 5 pada Khamis. Rumah terbuka ini dihostkan oleh Datuk Juhari Janan sebagai Ketua Bahagian PGRS Sukau. Suasana yang meriah ini mencerminkan sokongan kuat masyarakat terhadap Parti Gagasan, serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Share This Article