Penduduk perlu segera berpindah jika air naik – Juhari Janan

sabahheadlines
1 Min Read
Air Paras Sungai Kinabatangan

Oleh: Aleeya Villiamon

SANDAKAN: 3 Mac – Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sukau Datuk Juhari Janan menasihatkan agar penduduk untuk segera berpindah sekiranya berlaku kejadian banjir berikut air paras Sungai Kinabatangan naik sejak beberapa hari lepas.

Katanya penduduk yang terlibat dalam kejadian banjir perlu mengikuti arahan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di kawasan mereka.

“Jangan tunggu sampai air naik. Jika diarah berpindah kena pindah segera. Kita amat peduli mengenai musibah yang menimpah penduduk ketika umat islam meraikan Hari Raya, mereka pula terpaksa meninggalkan rumah mereka,”katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan SM Yu Yuan pada Khamis.

Beliau berkata ketika ini beberapa kawasan di Kinabatangan telah dinaiki air dengan kedudukan paras air berbahaya.

“Melihat kepada laporan bencana daerah. Jika berterusan maka PPS akan dibuka di Sukau. Saya sendiri bersama UPPM akan turun ke kawasan bagi melihat kejadian. Kita peduli rakyat maka kita akan cuba membantu rakyat yang terlibat dengan banjir ini,”katanya

Mengenai majlis rumah terbuka anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian Sukau itu dihadiri pemimpin-pemimpin dan masyarakat di Zon 5.

Kataya konsep rumah terbuka memberi peluang kepada golongan pemimpin dan rakyat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pemimpin dan rakyat.

Tamat.

Share This Article