SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH
18 MAC 2025
LAHAD DATU: Rakyat khususnya Umat Islam diseru agar terus mengamalkan kesederhanaan sepanjang bulan Ramadan,kata Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Katanya,dua prinsip penting berkaitan dengan konsep kesederhanaan dalam Islam dan perpaduan yang merentasi perbezaan kaum.
islam Kata Salleh mengandungi prinsip wasatiyyah—kesederhanaan, keseimbangan, dan keadilan.
“Menerima kesederhanaan dalam Islam tidak bermakna mengorbankan kepercayaan kita; sebaliknya, ia mengukuhkan kepercayaan kita dengan cara yang mempromosikan keamanan, keadilan, dan keharmonian,” katanya,
Salleh berkata demikian ketika berucap pada majlis Iftar bersama UMNO Lahad Datu dan beberapa NGO Islam di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau turut menggesa rakyat untuk berganding bahu menjadi ejen perpaduan dan mengelakkan salah faham atau ekstremisme.
“Baik dalam amalan agama, pentadbiran, atau kehidupan seharian, kesederhanaan memastikan kita kekal bersatu dan kuat,” tambahnya.
Salleh juga menekankan keperluan untuk rakyat bersatu melepasi perbezaan kaum.
“Lahad Datu adalah contoh yang sempurna tentang bagaimana pelbagai komuniti—Melayu, Bajau, Suluk, Cina, Kadazan-Dusun, dan lain-lain—telah hidup bersama selama beberapa generasi.
“Kepelbagaian kita adalah satu rahmat, bukan kelemahan. Islam itu sendiri mengiktiraf kepelbagaian sebagai sebahagian daripada ciptaan Tuhan,” katanya.
Pada majlis itu, Salleh yang juga bendahari UMNO Sabah, menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan asnaf.
