KESELAMATAN TERJAMIN, ANTARABANGSA NIKMATI PROJEK PELAYARAN SABAH

sabahheadlines
2 Min Read

sh@ Syarmillah Salleh

LAHAD DATU, 16 Ogos – Ketua kumpulan kapal layar Sailing Southern Blue, Simon Hunt, 53, menyifatkan penyertaan beliau dalam ekspedisi maritim di perairan Timur Sabah sebagai pengalaman yang menakjubkan serta selamat, ia adalah hasil kawalan rapi ESSCOM.

Beliau berkata, sepanjang berada di bawah pemantauan keselamatan ESSCOM, pasukannya tidak pernah berasa terancam.

“Kami sangat gembira dapat menyertai projek ini dan ingin sekali mengulanginya lagi.

“Selepas rali ini.. kami merancang untuk kembali serta meluangkan lebih banyak masa di kawasan Tawau termasuk aktiviti menyelam di Sipadan,” kata Hunt ketika ditemui di sini pada pagi tadi.

Selain faktor keselamatan, Hunt memuji layanan mesra penduduk tempatan yang menjadikan pengalaman mereka di Sabah begitu istimewa.

“Hospitaliti masyarakat di sini benar-benar menyentuh hati kami.

“Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada Sazley Kamal Basha selaku Pengarah Urusan Program Sail Malaysia Passage to the sea 2025 serta Komander ESSCOM kerana memastikan keselamatan kami sehingga kami tidak pernah berasa bimbang,” katanya lagi.

Sementara itu Komander ESSCOM Sabah DCP Datuk Victor Sanjos berkata, pihaknya sentiasa komited memastikan keselamatan semua pelayar dan menjadikan pengalaman mereka di Sabah selamat serta menyeronokkan.

Kawalan keselamatan rapi di perairan timur Sabah membolehkan pelancong menikmati aktiviti tanpa sebarang risiko keselamatan.”,katanya.

Projek musim panas itu menghimpunkan pelbagai kumpulan kapal layar antarabangsa yang berlayar ke perairan Sabah. ESSCOM bertindak menyediakan kawalan keselamatan bagi menjamin kelancaran serta keyakinan peserta sepanjang program itu.

Edisi tahun ini menyaksikan penyertaan 23 kapal layar dengan 51 peserta antarabangsa dari lapan negara iaitu Australia,Amerika Syarikat,United Kingdom,New Zealand ,Herman, Panama,Isle of man Dan Singapura.

Sepanjang pelayaran,peserta melalui beberapa destinasi menarik di Pantai Timur Sabah termasuk Kudat ke Karakit,Jambongan,Silingan Sandakan,KINABATANGAN( Sukau),Tambisan Dan ke Lahad Datu.

Peserta akan meneruskan pelayaran ke Kunak,Boheu Dulang( Semporna)Tagasan bay sebelum menamatkan perjalanan di Tawau.

TAMAT

Share This Article