APMM Tawau Gagalkan Seludup 9.6 Tan Gula Pasir Kapten Maritim Shahrizan Raman

khaiz
2 Min Read

SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

16 FEBRUARI 2025

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritime Malaysia ( Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau merampas sebanyak 9.6 tan gula pasir yang cuba diseludup keluar ke sempadan perairan negara di 2.4 batu nautika selatan batu 3 Tawau pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau,Kapten Maritim Shahrizan Bin Raman berkata, pihaknya telah menjalankan Ops Pluto Timur Dan Op Tirus sekitar jam 8.30 pagi dan telah mengesan pergerakan sebuah bot kargo sedang bergerak dari arah sungai Tawau menuju sempadan perairan Negara.

Bot tersebut katanya dikendalikan seorang juragan lelaki warga tempatan berusia 23 tahun.

Pemeriksaan dokumentasi juga mendapati juragan terbabit gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan barang kawalan yang dibawa termasuklah tiada pengikraran barangan dilakukan.

Sementara itu semakan juga mendapati nama juragan tiada didaftar di dalam lesen bot berkenaan.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 Akta kawalan bekalan 1961 dan enakmen Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga( JPDS).

Menurut Shahrizan,kesemua barangan termasuk bot kargo,enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 60 ribu.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membenteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang khususnya di perairan Timur Sabah( ESSZONE).

Sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau boleh menghubungi talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 atau talian kecemasan 999.

Share This Article