BANJIR DI SABAH: 842 PENDUDUK TERJEJAS, EMPAT PPS DIBUKA

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU,28 November – Seramai 842 penduduk daripada 291 Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas akibat banjir yang melanda tiga daerah di Sabah setakat jam 8 malam, 28 November.

Tiga daerah terbabit ialah Nabawan, Sook dan Beaufort, dengan keseluruhan sembilan kampung terjejas serta empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah (SDCC), Beaufort mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 300 orang daripada 107 KIR diikuti Sook seramai 281 orang daripada 82 KIR manakala Nabawan merekodkan 261 mangsa daripada 102 KIR.

Di Sook, dua PPS dibuka iaitu Dewan Masyarakat Sook yang menempatkan 215 mangsa dan Dewan Gereja St. Petrus dengan 66 mangsa. Sementara itu, PPS Dewan Gereja SIB Salarom Baru di Nabawan menempatkan 261 mangsa manakala Dewan DSP DUN Banir di Beaufort menempatkan 300 mangsa.

Jumlah mangsa banjir dilaporkan meningkat di ketiga-tiga daerah berkenaan.

Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan setakat ini dan tiada rekod penduduk terjejas yang terkepung atau berada di luar PPS.

Share This Article