DUA PEMANDU CEDERA, TERSEMPIT DALAM KEMALANGAN DI KUNAK

sabahheadlines
1 Min Read

KUNAK, 23 November – Dua pemandu cedera termasuk seorang lelaki yang parah selepas kereta dipandu mereka bertembung dalam kemalangan jalan raya di Simpang Kuburan Lormalong, Jalan Kunak-Lahad Datu, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.43 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan Perodua Alza sehingga menyebabkan kedua-dua pemandu tersepit di dalam kenderaan masing-masing.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak yang menerima panggilan kecemasan pada 6.33 pagi menerusi talian NG999 tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, mangsa perempuan yang memandu Perodua Alza berjaya dikeluarkan pada 7.05 pagi sebelum diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, mangsa lelaki yang memandu Proton Wira berjaya dikeluarkan pada 7.15 pagi dan dihantar ke hospital menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) selepas diberikan rawatan awal.

Mangsa lelaki dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, manakala mangsa perempuan mengalami kecederaan ringan pada tangan dan kaki.

Operasi menyelamat membabitkan empat anggota BBP Kunak dengan bantuan tiga anggota menggunakan jentera FRT dan seorang anggota EMRS.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.20 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Share This Article