ZAINUDDIN DILANTIK SKN YANG BAHARU

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU,18 JUN-Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.

Pelantikan berkuatkuasa pada 29 Jun ini dan beliau menggantikan Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong yang akan menamatkan perkhidmatan pada 28 Jun ini.

Dalam siaran media yang dikeluarkan hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pelantikan itu diharapkan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan terus maju dan berdaya saing dalam melaksanakan transformasi pentadbiran negeri Sabah ke arah kemajuan dan kecemerlangan yang berterusan sekaligus memastikan dasar-dasar kerajaan berjalan dengan baik demi kemakmuran rakyat dan negeri ini.

Beliau berkata kerajaan negeri merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Safar yang telah berkhidmat dengan penuh cemerlang, dedikasi, berhemah dan berintegriti sejak menggalas tugas itu pada tahun 2019.

Safar telah dilantik sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED), sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Jabatan Ketua Menteri berkuatkuasa 1 Jun 2026.

Share This Article