UPPM SUNGAI SIBUGA PERKASA PELAPORAN DIGITAL SELARAS ASPIRASI SABAH MAJU JAYA

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 10 SEPT – Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.52 Sungai Sibuga terus memperkukuh keupayaan warga kerjanya dalam penggunaan teknologi digital menerusi penyertaan dalam Bengkel Pelaporan Digital e-LAPA Inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ) di Hotel Livingston, Sandakan baru-baru ini.

Bengkel berkenaan disertai Datuk Amirshah Yaakub bersama warga kerja UPPM N.52 Sungai Sibuga sebagai usaha meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam penggunaan sistem pelaporan digital khususnya bagi merekod serta memantau pelaksanaan program dan aktiviti di kawasan.

Penguasaan sistem e-LAPA dilihat penting dalam memperkemas dokumentasi pelbagai program kemasyarakatan, selain memastikan tindakan susulan terhadap isu serta keperluan rakyat dapat direkod dan dilaporkan secara lebih tersusun.

UPPM N.52 Sungai Sibuga komited mempertingkat keupayaan warga kerjanya dalam mendepani keperluan pendigitalan, sekali gus memastikan setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan dapat direkod, dipantau dan dilaporkan secara cekap, sistematik serta telus.

Usaha itu selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan penyampaian perkhidmatan kerajaan secara berkesan dan responsif demi kepentingan rakyat.

Share This Article