SANDAKAN, 20 OGOS – Pelaksanaan ekonomi biru diharap tidak menghadirkan pertikaian pada masa hadapan.
Harapan itu diluahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Mustapha Sakmud.
“Saya meneliti perkara ini supaya ekonomi biru ini dilaksanakan tidak akan berlaku pertikaian,” katanya kepada pemberita di Sandakan pagi tadi.
Beliau sebelum itu merasmikan Aquagro Fiesta 2026 Politeknik Sandakan.
Mustapha berkata pengalaman lalu ketika menangani oil and gas telah timbul percanggahan pada waktu ini.
” Jika kita boleh usahakan agar akta kerajaan negeri dan persekutuan diharmonikan, kita boleh mengurangkan … meminimakan ketegangan pada masa hadapan,” katanya .
Oleh itu katanya, kerajaan negeri dan persekutuan perlu mengadakan perbincangan yang spesifik.
Menurutnya, apa yang dimahukan adalah ekonomi biru dapat dilaksanakan di negeri ini.
