MASALAH TEKANAN AIR RENDAH DAN JABATAN AIR MASIH MENGESAN PUNCA SEBENAR

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU, 23 JUN- Bekalan air di beberapa kawasan di Lahad Datu mengalami aliran yang lemah sejak tiga hari lalu melibatkan jajaran bermula dari kawasan Silam sehinggalah ke kawasan sekitar Klinik Kesihatan dan Mahkamah Anak Negeri.

Keadaan itu turut menjejaskan kediaman, pejabat kerajaan, kemudahan awam serta kawasan perniagaan.

Jabatan Air Daerah Lahad Datu memaklumkan kepada pihak media, isu tekanan air lemah mula dikesan sejak ahad yang lalu.

“Setakat ini, pasukan teknikal kami masih giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca sebenar gangguan tersebut dan belum dapat menentukan tarikh penyelesaian muktamad.”
kata jurucakap Jabatan itu.

Selari dengan usaha mengesan punca, kerja‑kerja penstabilan tekanan air pada paip bersaiz 500 milimeter di sepanjang Jalan Lahad Datu‑Tawau telah dimulakan pada hari ini (23 Jun) bermula jam 8:30 pagi sehingga kerja‑kerja selesai dijalankan.

Sementara itu bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat di kawasan terlibat.

“Kami menasihatkan semua pelanggan supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya dengan berhemah sepanjang tempoh ini.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” tambah jurucakap tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian pejabat: 089‑889 763, jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang dan Talian Hotline 089‑502 670 pada jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam

Share This Article