TAWAU,17 JUN- Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin meninggal dunia awal pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Tawau.
Allahyarham berusia 53 tahun itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.04 pagi sekaligus meninggalkan kesedihan di kalangan warga PDRM khususnya anggota dan pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi IPD Tawau.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16, Jalan Apas.
Sepanjang perkbidmatannya Allahyarham dikenali sebagai seorang Pegawai Polis yang komited dalam melaksanakan tugas sereta sentiasa mengutamakan kebajikan anggota di bawah seliaanya.
Warga PDRM dan masyarakat setempat menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta mendoakan agar mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat sukar.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
