KOTA KINABALU,17 MEI-Seramai 141 ahli Warisan Keningau hari ini menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Permohonan untuk menyertai Gagasan Rakyat itu diumumkan pada perhimpunan agung khas Gagasan Rakyat Sabah di Pusat Kovensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Nor melahirkan rasa gembira dengan penyertaan itu.
Kegembiraan itu diluahkan oleh beliau sewaktu ditemui oleh media.
“Saya senang hati …gembira kerana pada perhimpunan agung khas ini kita turut menerima kemasukkan beramai-ramai anggota parti Warisan bahagian Keningau untuk sama-sama berjuang dengan Gagasan Rakyat,” katanya.
Mengikut pengumuman yang dibuat ahli parti itu terdiri daripada AJK bahagian, wanita, wira dan wirawati.
