KENINGAU, 16 MEI– Seorang lelaki tempatan ditahan dalam Op Dadu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian di Bandar Baru Keningau, petang kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Keningau menahan suspek berusia 38 tahun di hadapan sebuah premis.
Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM115 yang dipercayai digunakan bagi urusan perjudian.
Siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai berperanan sebagai ‘runner’ yang membantu pelanggan menjalankan transaksi judi dalam talian sejak hujung April lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
PDRM menegaskan tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan perjudian atas talian akan terus dipertingkatkan bagi membendung aktiviti berkenaan daripada terus menular dalam masyaraka
