Polis Merin Wilayah 4 Merampas Rokok Seludup Bernilai RM5 Juta Di Beluran Pada Ahad

khaiz
1 Min Read

SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

9 MAC 2025

BELURAN:Polis Merin Wilayah 4 berjaya merampas rokok kretek dan rokok putih bernilai RM 5 juta dalam ‘Operasi Khas Kontraban” di Kampung Botition,Beluran awal pagi ahad.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah,ACP Mohd Nazri Bin Ibrahim berkata,pihaknya telah membuat pemeriksaan di dalam sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.

Hasil pemeriksaan telah menemui pelbagai jenis rokok yang disyaki tidak bercukai di dalam rumah tersebut.

Nilai rampasan dianggarkan RM5,568,000.00.

” Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah,mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membenteras kegiatan seumpama daripada berleluasa.

Share This Article